Friday, April 25, 2008

anak dara ke bini orang?

benar sungguh bagai alex kata
satu pergi, 10 mari
berpusu-pusu datang interbiu bagi menggantikan kak su
yang pergi penuh misteri..

Wednesday, April 23, 2008

kura-kura dalam perahu

harini kapten willy benar-benar datang; tapi seperti dulu-dulu, dia masih tak berubah; dia akan belagak tak tahu. "mana nor?"; "mana sehak?"; "apasal projek tak masuk?"

Dunia dah berubah, tapi kapten willy macam dulu-dulu jugak..

Alex pula macam dah tahu-tahu; bila willy masuk, alex hilang..

Thursday, April 17, 2008

test market

Seorang lagi dikesan menghantar notis.. Biarkan rumes berterbangan mencari siapakah gerangannya. Mungkinkah hanya untuk test market? Jangan!

"Jangan cuba2 test market, nanti anda terpelanting ke luar pagar.."

Wednesday, April 16, 2008

anggok bawa padah

bila kapten-kapten yang ramai itu memberi arahan yang berlapis-lapis, malah kengkadang bersilang arah, mampukah kita terus mengangguk kiri-kanan?
beranikah kita berkata "tidak.."

Tuesday, April 15, 2008

surat takde ape-ape

harini kapten mengedarkan sekeping surat lagi dari hq. Menurut kapten, surat ni 'takde ape-ape!' Kalu masa deramang ada dulu, surat yang takde ape-ape, dia akan koyak saja. Rupa-rupanya surat renew insurance ING.
Masa belum ada ING, kita boleh juga ambik vitamin atau ubat kuat, atau boleh juga bawa anak isteri jumpa doktor. Sekarang bila dah pakai ING ni, payahlah skit..

Surat hak 'ada ape-ape', bila kapten nak bagi? "tungguu.."

Monday, April 14, 2008

Sunday, April 13, 2008

hero futsal putus urat lutut

Sudah seminggu kapten berjalan terhenjut-henjut. Menurut doktor hanya pembedahan yang boleh menyelamatkan ligemen sendi lutut kapten qone yang telah putus? Harap kapten bersabar dan segera semboh. Dan selepas itu bolehlah berfutsal lagi..

Thursday, April 10, 2008

sayonara mc nor


lepas dingdong-dingdong
akhirnya mc nor pergi tanpa 'menghulurkan' salam

tak pass


tak lulus ujian puspakom..
hanya lulus ujian asap
tupun atas tong je..

kalu nak meniaga, seriuslah skit boss

Tuesday, April 8, 2008

alfatihah

takziah dari warga perta buat pak li. Ayahnya meninggal semalam. Pagi ni baru kami dapat tahu..

teka bung maktar

bung maktar yang baru sembuh dari exident dah tak dibenarkan lagi kerja di site. 2 bulan dia berehat di rumah sambil berkelahi dengan kera-kera yang ramai menjadi jirannya.
Dia kena keje ofis je. Ofis tentu akan lebih ceria bila ada bung maktar..
Soalan bung maktar yang pertama adalah:
Apakah beza lampu limpah stadium dengan lampu bilik tidur?

jutawan kemaman

ingatmu dah deramang..
pemenang jutawan TM ni dari kemaman

tukar logo

macam yang kepten elex cakap bulan lepas
kita tak penting tahu apa-apa tentang kampeni
kampeni dah tukar logo ke
dah tukar nama ke
itu tak penting
yang penting, kita boleh deliver..
kita resources ke, energy ke..
sama je..