Tuesday, December 23, 2008

free friday 2

kalau kapten sekadar mengambil sikap sambil lewa atau sekadar melepas batuk ditangga atau hangat2 tahi ayam, alamat free friday yang war-warkan sekian lama, tak akan dapat dicapai. Semalam kapten padil sekadar kata - "tak puas lagi kerja 5 hari setengah!"

Friday, December 12, 2008

free friday

hari jumaat adalah hari kerja yang merugikan semua pihak.
banyak pihak dah sedar,
kaptenpun dah sedar.
tapi sampai harini kapten hanya
memperbaharui janji untuk kaji semula..

Wednesday, December 10, 2008

recession

pagi tadi kapten sebut pasal banyak kampeni dah buat recession. Ramai orang hilang pekerjaan. Kita belum kena lagi, jadi kerjalah elok2..

Sunday, December 7, 2008

raincoat

musim hujan ni eloklah kapten beri baju hujan se sorang. Acap kali doh pakai sindir-sindir, tapi kapten buat tak paham-paham..
downstream dapat?
takkan kita tak boleh dapat?

Wednesday, December 3, 2008

Monday, December 1, 2008

Wednesday, November 26, 2008

harimaupura

harimau putih zoo singapura membaham rakyat malaysia? Sungguh ngeri.

Tapi ramaikah yang rasa ngeri atau sekurang-kurangnya sedar apabila banyak lagi rakyat dan kampeni malaysia yang kena baham dek kampeni dari kota singa itu?

Sunday, November 23, 2008

Parasit gemok

Parasit yang sudah gemok dan mampu pula mencengkamkan akarnya ke pokok induk lain (baca: bumimaju) sudah benar-benar bersedia untuk melepaskan cengkaman pertamanya dari pokok induk asal. Namun induk asal masih bertenaga, mengapa harus terburu-buru?
Induk asal! sendiri mahu ingat..

Tuesday, November 18, 2008

cinta tiga segi

untung sungguh kampeni terkedepan, walau dia bermain kayu tiga, kampeni koleberasinya yang pertama tak cemburu langsung!, malah buat tak tahu je..

Monday, November 17, 2008

kolaberasi baru

kalau kampeni tonggang-langgang, adakah kita akan selamat?
bila ditanya samada penubuhan kampeni (kolaberasi baru) bumi maju-terkedepan akan mengancam kolaberasi lama kita dengan kampeni terkedepan?, kapten padil kata, lantak dialah nak tonggang-langgang ke, asal tak kacau kita sudah..
Kolaberasi baru ini, nak kemana agaknya?

Sunday, November 16, 2008

ngam ke x ngam?




First couple trainer Kkijang (SV) & Jie dah habis misi mereka.
Second couple, sussu-sedy akan habis next month.
Nampakkah perbezaan antara dua couple ini? Perhatikanlah bagaimana mereka bekerjasama..

Sunday, November 2, 2008

nak kentot, pergi jauh-jauh!

"tuan-tuan, memang sayalah yang kentot, tapi kentot saya boleh dihidu, tak bahaya..!"
kemaman bitumen yang mengaku bau busuk kebelakangan ini adalah dari kilang mereka berkata, bau itu tidak bahaya kepada kesihatan. Oleh itu bolehlah dia mengeluarkan bau busuk itu sesuka hatinya..
Semenjak kecil kita diajar, kalu nak kentot pergi jauh-jauh. Mungkin mereka tidak diajar begitu. Sesetengah ibubapa moden ajar bahawa kentot adalah baik untuk kesihatan, jadi nak kentot, kentot saja, tak perlu toleh kiri-kanan. Ada bunyi, lagi sodap!
Persoalannya ialah bau busuk ini menggangu persekitaran dan ketenteraman..
Soal samada bau ini dari gas bahaya atau tidak, tidak boleh hanya ditentukan oleh kemaman bitumen sahaja, pihak alam sekitar patut bertindak segera.

Friday, October 31, 2008

gaji awal depavali

Bulan belum abis
Namun ramai
yang dah terkangkang

Poket dah kosong
wallet dah kempis
OT makin k u r e n g..
Hanya makan basic
yang tak seberapa

Gaji awalpun susah
Gaji lambatpun payah
Sampai bila
kita nak makan gaji?
Bukan gaji buta!
Kita kerja rajin.

Thursday, October 30, 2008

membaja sel paru-paru


mengikut kata pok gad jakar - "aku merokok sejak dari kecik, sampai ke tua, ta' do' ape-ape?".
Sebab tu, harini walaupun kerajaan sudah haramkan hisap rokok di kaki-kaki 5, kapten qone ajak kita hisap rokok - "marilah hisap rokok ramai-ramai, tapi janganlah hisap dalam workshop..!"
Sel-sel paru-paru kita akan lebih 'subur' bila dibajai tar dan narkotine..

Tuesday, October 28, 2008

control macho

Adakah anda akan selalu mengelak dari berjumpa orang yang mungkin bertanya anda sesuatu yang anda sukar nak jawab? Tapi kalau secara tiba-tiba terserempak, sudah tentu anda terpaksa control macho..
(foto hanya hiasan)

Wednesday, October 22, 2008

pasang spy


Chin yang duduk di tanah besar negeri China pun akan pasang spy kalau dia punya ramai kru yang tidak sebulu..

Tuesday, October 21, 2008

Chin yang kita tak kenal

Sebagaimana ramainya melayu yang bernama Ahmad atau Mohd, demikianlah ramainya cina yang bernama Chin. Oleh itu bila disebut Chin, ia tidak semestinya bermakna Chin yang kita kenal. Ia mungkin juga bermaksud Chin yang kita tak kenal, atau mungkin chin yang duduk di negeri China atau Taiwan..
Satu lagi, nama mungkin sama, tapi hati lain-lain! Demikian juga kebijaksanaan mereka..
(Nota: Nama-nama hanya sekadar contoh..)

Sunday, October 19, 2008

di penjara ini

bilakah aku boleh keluar
ke alam maya yang luas
terbentang
aku hanya di sini
gi mari, gi mari
tempat tu le

sungguh sempit
tersekat di mana-mana
bebaskanlah aku, bebaskanlah aku
aku rindu
dunia yang terbuka
mahu ke mana jua
biar aku tentukan sendiri
aku ingin bebas
dah lebih 10 tahun aku terpenjara di sini.

Friday, October 17, 2008

tutup mulut

"walaupun berulangkali menyeberangi selat tebrau, janganlah kata - kerja kami tiada kualiti.." - kapten kampeni 'terkedepan'

Thursday, October 16, 2008

Wednesday, October 15, 2008

Saturday, October 11, 2008

kapten Ya

Harini ramainya YB buat rumah terbuka di kemaman. YB mat tera, YB menteri kewangan dan mantan YB bang wel, buat bandar chukai jadi jem.
Tidak ketinggalan Kapten Ya, mendahului lain2 kapten buat rumah terbuka di kediaman barunya di Paka. Bukan MB mat said saja yang buat naik rumah sekaligus jamun hariraya, kapten Ya pun tak kurang hebat..

Thursday, October 9, 2008

Wednesday, October 8, 2008

tumpang sekaki

menurut pak alim, foto anaknya ini di ambil masa familyday di pulau kapas 2 tahun lepas. Kehadiran makhluk halus di belakang foto, baru saja disedari ..?

Tuesday, October 7, 2008

Monday, October 6, 2008

stokin busuk

mari periksa stokin masing-masing
elakkan bau stokin kita mengganggu ketenteraman awam..

Tuesday, September 30, 2008

selamat hari raya

selamat hari raya idulfitri maaf zahir batin
blog ini hanyalah blog main-main
jadi janganlah ambik hati
hanya sekadar lepas tension, beb

jam 4 segi


jaga2 buat hero2 yang suka mari lambat atau suka terlajak lelap tengahari, kapten sudah ada jam lawor 4 segi..

Monday, September 29, 2008

siapa hero?

keluangman, cicakman? semua ada..

jadi hero?

ada orang yang suka jadi hero
tak kurang juga yang suka jadi crook
yang pasti jadi hero tentu lebih baik dari jadi crook
tapi dapatkah kita faham bila kapten kata,
'jangan nak jadi hero!'

Friday, September 26, 2008

half moon kali dua

Sungguh beruntung kalau kapten keje 2 kampeni. Satu kampeni beri half moon, satu kampeni lagi beri half moon juga? Jadi dapat full moon..
nampaknya bolehlah buat open house!

Thursday, September 25, 2008

half moon


bilalah agaknya kita buleh dapat penuh macam dulu-dulu..

still just half moon!
anyway, thank u to capten.
Sejak capten lead
kita tak lepas dari half moon.

Wednesday, September 24, 2008

URGENT job

syawal makin dekat
job mencurah2
bagai tak reti yang orang semua nak balik raya





Monday, September 22, 2008

walk-in, mari-mari !

sessi walk-in interbiyu bermula sekali lagi. Berpusu-pusu dara dan janda boleh beradu nasib. Agaknya kepten suka yang macamana ye? Tak payahlah susah-susah nak buat pilihan, kerana kalu tak sesuai kita boleh buat sessi walk-in interbiyu lagi sekali. Tiap2 bulan ada walk-in pun bagus..

Sunday, September 21, 2008

menjelang musim perayaan

semua menunggu
penuh harapan
apakah buah yang sudah masak ranum
akan luruh ke riba?
musim perayaan makin mencengkam
anak-anak meminta hak mereka
isteri makin gelisah
pelita dipasang di mana-mana
dentuman mercun
buluh yang ditebang
daun palas
kain langsir yang lusuh
entah berapa tahun tak bertukar

sampai bila kita boleh
buat tidak mengerti (baca: buat bodo)
perubahan di sekeliling kita?






Thursday, September 18, 2008

Wednesday, August 27, 2008

sembelih kambing

pam carigali mula masuk semula setelah sekian tahun menghilang. Kapten patut kena semelih kambing..

Tuesday, August 26, 2008

flickr

sekarang sibuk skit. Sementera tu mari dengar lagu dan tengok dua flickr di atas/ sebelah kanan blog ni. Banyak nostalgia yang menarik di sana..
nak senang, main slideshow..

Thursday, August 7, 2008

Wednesday, August 6, 2008

willy return

kapten willy return to save us from lion clutch..?
Cepatlah skit kapten, kami dah tak tahan ni..

Thursday, July 31, 2008