Thursday, April 30, 2009

kampeni planetmars

Tak hairan kalau kampeni planetmars rasa berbulu. Dulu hanya mereka yang sapu kontrak subkon. Kini mereka hanyalah sebahagian dari kampeni-kampeni subkon yang tumbuh subur.

nota: nampaknya tak naik-naik jugak.. :-(

Tuesday, April 28, 2009

salah siapa?


Kalau dah banyak sangat kampeni subkon, tentulah pening nak finger point –
“ini mu punya salah!”
“Mana pulak aku yang salah. Mu lah salah. Aku subkon je..”
“Akupun subkon juga..”

Monday, April 27, 2009

ratib NAIK

hari ni 27
esok 28
check akaun maybank masing2
sambil ratib
naik, naik, NAIK..

Sunday, April 26, 2009

hidup bagai roda


Hidup bagai roda - demikian pesan matlan di pertemuan terakhir. Ketika kita di atas, jangan lupa suatu masa ketika kita berada di bawah. Tunailah janji dan jangan cakap sesuatu yang kita tak buat..

Friday, April 24, 2009

kampeni blowserve

ini sebuah lagi kampeni kompotitor. Seperti juga kampeni terkedepan, ia adalah milik negara singa. Patutlah kampeni terkedepan yang telah mencengkam kampeni batu loncatan tak kesah sangat. Mat Lan dan Matpik tak ke mana. Hanya pergi ke sebuah lagi kampeni suku-sakat.
Tapi matlan dan matpit kena ingat, ini adalah kampeni blowserve, bukan SLOWserve bagai yang selalu kapten qone sebut..

Tuesday, April 21, 2009

“EmbonG” di hujungnya rumput

Suatu masa dulu kita selalu mendengar, ‘satu pergi - sepuluh mari’. Hari ini, 2 tak-dan nak pergi, satu yang mari, dahpun lari..

Friday, April 17, 2009

asal boleh jalan

tidak penting kualiti
tidak penting
asal boleh jalan..
biarlah tiada chamfer
biar chip berduri-duri
biarlah clearance luar biasa
crack skit2
kapten POWER boleh cover

Ratib, jangan lupa..
Naik, naik, naik..

ini bulan april

kapten harus diingatkan, berkali-kali.
ini bulan april..
ini bulan april..
kita tidak mengharapkan persen.
tidak!
kita tidak mengharapkan apa2.
kita hanya boleh meratib -
naik, naik, naik!!!

Thursday, April 16, 2009

Meratib – Naik! Naik! Naik!

Oleh kerana kita semua tidak mendapat apa-apa, selepas kerja mengaut hasil mahsul berlaku tanpa sesiapapun berani kacau. Sepanjang BULAN APRIL ni marilah kita meratib –

Naik!

Naik!

Naik!

Kampeni batu meloncat

REP-rep yang selalunya bertebaran ke kampeni kompetitor kini tertumpu ke kampeni batu meloncat. Adakah awak-awak buat kerje atau hanya duduk saja-saja..
Kapten POWER mungkin lupa, kampeni batu meloncat hanya dapat keje sikit-sikit sambil makap kaw-kaw. Yang dapat kerja sebenar, tidakkah kampeni bumi khayalan? Rep-rep patutlah ditumpukan ke sana pula..

Wednesday, April 15, 2009

Melepas panah dari busurnya

Tidak! Bukan seperti melepas panah dari busurnya.
Selagi belum ada bunyi “puuuk”, anda masih boleh batalkan fax yang tersalah arah. Tapi kalau dah ada bunyi, anda berdepan tindakan di buang kerja oleh kapten POWER.
Sungguh seram.

Buang dia!!

“Siapa itu budak yang berani fax ke lain orang, tanpa terlebih dulu fax ke kapten POWER?. Buang dia!” – kapten POWER

“Fax to me 1st “

Bila kapten POWER nak membaham, dia akan pastikan kapten-kapten junior makap kaw-kaw. Ingat! Fax to me first..

job masuk mendadak

Krisis ekonomi dunia buat kita rasa cemas. Job mulai slow.
Namun semenjak ada kampeni 3rd party - bumi khayalan, Job masuk bagaikan cendawan tumbuh di musim hujan. Job yang selalunya pergi ke kampeni kompetitorpun kini dah beralih arah. Yang tak kena mengenapun, masuk. Laptop berkaratpun masuk.
Sungguh power, kapten POWER..

Tuesday, April 14, 2009

Kampeni Bumi Khayalan

Selalunya bila disebut bumi/non-bumi, ia merujuk kepada maksud - bumiputra/ non bumiputra. Lalu, apakah tujuan disebalik memberi nama sebuah kampeni 3rd party non-bumi sebagai kampeni bumi khayalan?

Friday, April 10, 2009

kampeni JanTong


kadang2 kaptenpun boleh terkeliru mana satu kampeni kolaberasi, mana satu kampeni kompetitor

pilih bulu

adakah sesiapa yang tak merasa bengang kalau kapten memilih bulu?

Thursday, April 9, 2009

terima kasih air liur

Bagaimanalah agaknya cara yang paling murah untuk mengisi makna pada ungkapan "terima kasih" seorang kapten, bila selesai satu2 job?

Monday, April 6, 2009

untung masuk poket

"semua orangpun buat duiiit - singapore buat duit, shah alampun buat duit". Kapten POWER kena jaga semua poket. Itu sebab kampeni SUB ada berlapis-lapis..

REP langkah bendol

bukan REP bendol, ye. REP langkah bendol. REP kini boleh arah mu buat kerja. Kapten buat dono je..

"i change my mind"

ini bukan sebarang kapten. Ini kapten POWER. Bukan kapten flip-flop. Bukan juga kapten kluk-klek. Tapi dia sering saja tukar fikiran, dari cara yang untung kepada cara yang lebih untung lagi.. Semua kapten-kapten dan semua REP kena yes dia punya mind. Yang peningnya- dia sering cakap, "Now, i change my mind!"

Thursday, April 2, 2009

kampeni bread & butter

Bob nak tahu apa dia kampeni bread and butter?
Tanpa butter, bread tak sedap; Tanpa bread, butter tak berguna langsung!
Butter hanya menumpang atas bread.
Yang masalahnya bread tak dapat berapa sen pun. Yang pulun sampai berlipat kali ganda adalah geng kampeni terkedepan.. oppSS

Melempar – DO and DON’T

DO – melempar senyuman, walaupun tak dapat OT
DON’T – melempar form OT ke kapten (kerana form OT tak penuh). Nanti kapten juga yang nak kena sign. Kalau kapten tak nak sign, guana gamok?
Siapa agaknya juara melempar?