Wednesday, July 29, 2009

tekanan

macam2 cara orang lepaskan tension akibat tekanan kerja. Ada yang tertekan kerana tak naik gaji; Ada yang tertekan kerana lambat dapat elaun; Ada yang tertekan kerana kena tekan dek awak2 sendiri..

semelih kambing

Gahwatt patut sekali2 beri makan ke awak2. Ini biasa dilakukan oleh banyak orang, dengan harapan rezeki yang tuhan bagi akan bertambah berkat. Dengan begitu kita boleh berharap agar tuhan melindungi kita dari apa2 kemalangan juga kerugian akibat dari kecurian. Mengharap pelindungan dari Tok Moh tentulah satu tindakan sangat tidak cerdik (baca: bodoh). Tak kiralah tok moh melayu ke, tok moh cina ke, atau tok moh siam!

Gahwatt patut ikut stail pak alim. Sesekali dapat rezeki lebih, pak alim belanja awak2 makan di Marina Bay.

Teori perasaan pencuri

Pencuri yang mencuri kipas penyedut tembaga, semasa mencuri itu mungkin merasa akan jadi kaya raya kerana menyangka dia telah mendapat seketul emas yang beratnya berpuluh kilo. Itu kalau pencuri itu pencuri ‘orang luar’. Dia kemudiannya akan rasa sedikit kecewa bila menyedari bahawa yang dicuri itu hanyalah seketul tembaga. Tapi lepas dah, duit rokok..
Tapi kalau pencuri itu - seperti kata tokmoh, pencuri ‘orang dalam’, dia mungkin rasa bebaloi kerana dapat ajar Gahwatt yang asyik nak baham untung, tapi lupa nak naikkan gaji awak2.

Wednesday, July 22, 2009

Ceplos


Gahwatt kena ingat, kebanyakan tok moh hanyalah penipu. Ini bergantung kepada ceplos mana yang tok moh tu bela. Kalau tokmoh tu bela ceplos macam yang Abang Ipin punya, mungkinlah boleh pecaya skit. Itupun, abang ipin sendiripun dah buang. Mungkin kalau gahwatt minat, bolehlah ambik ceplos yang abang ipin buang. Bolehlah tanya ceplos tu, orang dalam ke, orang luar yang punya angkara?
Itupun kalau ceplos tu nak bekawan dengan gahwatt.
Mahu ke dia?

Tok Moh

Adakah Gahwatt percaya pada Tok bomoh melayu? Awak2 tentu rasa amat risau, di saat gahwatt dah tak boleh diharap naikkan gaji, impeller yang boleh dijual dengan harga ribu itu hilang, tok moh pula kata, ini kerja orang dalam!

Tuesday, July 21, 2009

Kipas penyedut, hilang?

Tak ramai awak2 yang tahu apakah makna impeller dalam bahasa melayu. Dianya mungkin memberi makna kipas penyedut? Jadi, broze impeller mungkin memberi makna kipas penyedut tembaga.
Awak2 memang terliur bila bekerja dengan benda2 tembaga ni. Kalau ada lebihan boleh le buat pendapatan tambahan. Almaklumlah, gergaji tak naik2?
Awak2 hanya terliur yang lebihan, bukan yang induk.
Awak2 mungkin lupa bahawa yang induk itulah yang lebih berharga, sehingga dianya, tiba-tiba lesap. Dua biji sekali gus..?

Thursday, July 16, 2009

Safety first

Utamakan keselamatan. Pelatih keselamatan (trainee safety officer) yang datang membuat latihan praktikal di sini akan menghadapi dua situasi yang boleh menyebabkan mereka cepat panas punggung.

Pertama, mereka ‘pergi’ kerana tak tahu kerja yang nak dilakukan. Atau kedua, Dia pergi kerana terlalu banyak yang harus dikerjakannya?

Wednesday, July 15, 2009

trainee serang gahwatt

prestasi Gahwatt merosot terok. Dulu awak2 trainee cukup bangga. Gahwattlah yang naikkan elaun mereka?
Sekarang?
selalunya awak2 trainee hanya menanya amoi gahwatt untuk lunaskan elaun. Kini amoi gahwatt kata - mintalah dengan gahwatt sendiri. Bila gahwatt ditanya hal elaun, gahwatt hanya mampu suruh tunggu..

Tuesday, July 14, 2009

siapa Gah Watt?

Awak-awak tidaklah heran sangat bila masih ada yang tak kenal siapa kapten Gahwatt? Dia bukannya jenis yang high profile. Setiap kali client datang, kapten Gahwatt akan segera menghilangkan diri..

Sunday, July 12, 2009

gaya kapten Gah Watt

dulu, kapten Gah Watt selalu dakwa bahawa kenaikan dan bonus adalah hasil kerja dia. At least, lepas kampeni terkedepan ambik alih, gaji kamu ada naik, bonus mesti ada - walau hanya separuh bulan.
Sekarang?
Kapten Gah Watt dah tak nak dakwa-dakwi lagi. Sekali2 masuk workshop, jeling sana-sini, terus belah. Semakin laju Kapten Gah Watt berjalan, semakin terserlah gaya jalan kapten Gah Watt yang unik.

Thursday, July 9, 2009

air lior kapten See Kay

bila kapten See Kay kata, "nanti saya cakap sama dia..", awak2 rasa sangat lega. Semua jadi bersemangat semula. Job2 kapten See Kay yang banyak tersadai dikerjakan tanpa mengenal waktu berehat.

Tuesday, July 7, 2009

KAPTEN SEE KAY

Awak-awak dah putus harap.
Sebenarnya, memang tiada harapan lagi.

Kapten2 yang ramai itu nampaknya tak berdaya nak pengaruhi Kapten Gah Watt. Semacam Kapten Gah Watt lah yang paling power.
Awak2 mungkin lupa, ada sorang lagi kapten yang mungkin boleh kita letak harapan.

Ya, ya, ya, kapten kampeni ESOR, yang beri job bagaikan hujan tak serek2 – Kapten See Kay. Bukannya orang lain!

Kapten See Kay saja yang boleh beri ubat penenang pada Kapten Gah Watt.
Tapi jangan letak harapan tinggi sangat..

Monday, July 6, 2009

KAPTEN GAH WATT

Satu soalan - yang semua orang tertanya-tanya, tapi tak seorangpun berani nak bertanya.

Mengapa gaji tak naik?

Kapten-kapten sendiripun tak berani nak jawab dengan berterus-terang.

Tapi tadi Kapten Gah Watt sudahpun buka mulut dan menjawab..

“Ekonomi gawat !”

“Ekonomi gawat !”

“Ekonomi gawat !”

Demikian sahut Kapten Gah Watt sambil berjalan dengan langkah pendek-pendek tapi laju. Banyak kampeni sudah buang orang. Job banyak kurang!

Walaupun ini kampeni job masuk macam hujan, tapi itu ekonomi ada gawat juga! Jadi, itu naik gaji pun ada gawat lah..

Thursday, July 2, 2009

HILUX vs STORM EVO

Orang selalu membandingkan samada HILUX kah atau STORM EVO kah yang lebih berkuasa menguasai liku-liku jalanraya? Tetapi hal ini tidaklah berbangkit di sini.
Tidak!
Di sini kita membandingkan pemacunya.. siapa yang lebih power!