Sunday, November 2, 2008

nak kentot, pergi jauh-jauh!

"tuan-tuan, memang sayalah yang kentot, tapi kentot saya boleh dihidu, tak bahaya..!"
kemaman bitumen yang mengaku bau busuk kebelakangan ini adalah dari kilang mereka berkata, bau itu tidak bahaya kepada kesihatan. Oleh itu bolehlah dia mengeluarkan bau busuk itu sesuka hatinya..
Semenjak kecil kita diajar, kalu nak kentot pergi jauh-jauh. Mungkin mereka tidak diajar begitu. Sesetengah ibubapa moden ajar bahawa kentot adalah baik untuk kesihatan, jadi nak kentot, kentot saja, tak perlu toleh kiri-kanan. Ada bunyi, lagi sodap!
Persoalannya ialah bau busuk ini menggangu persekitaran dan ketenteraman..
Soal samada bau ini dari gas bahaya atau tidak, tidak boleh hanya ditentukan oleh kemaman bitumen sahaja, pihak alam sekitar patut bertindak segera.

No comments: