Wednesday, July 29, 2009
tekanan
semelih kambing
Gahwatt patut sekali2 beri makan ke awak2. Ini biasa dilakukan oleh banyak orang, dengan harapan rezeki yang tuhan bagi akan bertambah berkat. Dengan begitu kita boleh berharap agar tuhan melindungi kita dari apa2 kemalangan juga kerugian akibat dari kecurian. Mengharap pelindungan dari Tok Moh tentulah satu tindakan sangat tidak cerdik (baca: bodoh). Tak kiralah tok moh melayu ke, tok moh cina ke, atau tok moh siam!
Gahwatt patut ikut stail pak alim. Sesekali dapat rezeki lebih, pak alim belanja awak2 makan di Marina Bay.
Teori perasaan pencuri
Tapi kalau pencuri itu - seperti kata tokmoh, pencuri ‘orang dalam’, dia mungkin rasa bebaloi kerana dapat ajar Gahwatt yang asyik nak baham untung, tapi lupa nak naikkan gaji awak2.
Wednesday, July 22, 2009
Ceplos
Gahwatt kena ingat, kebanyakan tok moh hanyalah penipu. Ini bergantung kepada ceplos mana yang tok moh tu bela. Kalau tokmoh tu bela ceplos macam yang Abang Ipin punya, mungkinlah boleh pecaya skit. Itupun, abang ipin sendiripun dah buang. Mungkin kalau gahwatt minat, bolehlah ambik ceplos yang abang ipin buang. Bolehlah tanya ceplos tu, orang dalam ke, orang luar yang punya angkara?
Itupun kalau ceplos tu nak bekawan dengan gahwatt.
Mahu ke dia?
Tok Moh
Adakah Gahwatt percaya pada Tok bomoh melayu? Awak2 tentu rasa amat risau, di saat gahwatt dah tak boleh diharap naikkan gaji, impeller yang boleh dijual dengan harga ribu itu hilang, tok moh pula kata, ini kerja orang dalam!
Tuesday, July 21, 2009
Kipas penyedut, hilang?
Awak2 memang terliur bila bekerja dengan benda2 tembaga ni. Kalau ada lebihan boleh le buat pendapatan tambahan. Almaklumlah, gergaji tak naik2?
Awak2 mungkin lupa bahawa yang induk itulah yang lebih berharga, sehingga dianya, tiba-tiba lesap. Dua biji sekali gus..?
Thursday, July 16, 2009
Safety first
Utamakan keselamatan. Pelatih keselamatan (trainee safety officer) yang datang membuat latihan praktikal di sini akan menghadapi dua situasi yang boleh menyebabkan mereka cepat panas punggung.
Pertama, mereka ‘pergi’ kerana tak tahu kerja yang nak dilakukan. Atau kedua, Dia pergi kerana terlalu banyak yang harus dikerjakannya?
Wednesday, July 15, 2009
trainee serang gahwatt
Sekarang?
selalunya awak2 trainee hanya menanya amoi gahwatt untuk lunaskan elaun. Kini amoi gahwatt kata - mintalah dengan gahwatt sendiri. Bila gahwatt ditanya hal elaun, gahwatt hanya mampu suruh tunggu..
Tuesday, July 14, 2009
siapa Gah Watt?
Sunday, July 12, 2009
gaya kapten Gah Watt
Sekarang?
Kapten Gah Watt dah tak nak dakwa-dakwi lagi. Sekali2 masuk workshop, jeling sana-sini, terus belah. Semakin laju Kapten Gah Watt berjalan, semakin terserlah gaya jalan kapten Gah Watt yang unik.
Thursday, July 9, 2009
air lior kapten See Kay
Tuesday, July 7, 2009
KAPTEN SEE KAY
Sebenarnya, memang tiada harapan lagi.
Kapten2 yang ramai itu nampaknya tak berdaya nak pengaruhi Kapten Gah Watt. Semacam Kapten Gah Watt lah yang paling power.
Awak2 mungkin lupa, ada sorang lagi kapten yang mungkin boleh kita letak harapan.
Ya, ya, ya, kapten kampeni ESOR, yang beri job bagaikan hujan tak serek2 – Kapten See Kay. Bukannya orang lain!
Kapten See Kay saja yang boleh beri ubat penenang pada Kapten Gah Watt.
Tapi jangan letak harapan tinggi sangat..
Monday, July 6, 2009
KAPTEN GAH WATT
Satu soalan - yang semua orang tertanya-tanya, tapi tak seorangpun berani nak bertanya.
“Ekonomi gawat !”
“Ekonomi gawat !”
“Ekonomi gawat !”
Demikian sahut Kapten Gah Watt sambil berjalan dengan langkah pendek-pendek tapi laju. Banyak kampeni sudah buang orang. Job banyak kurang!
Walaupun ini kampeni job masuk macam hujan, tapi itu ekonomi ada gawat juga! Jadi, itu naik gaji pun ada gawat lah..